Thursday, August 28, 2014

Paru goreng berlada

Assalamualaikuuuuummm diucapkan kepada anda semua yang sentiasa setia mengikuti hal-hal kerajaan adibahsukamakan. aku sangat pasti korang pun tau organ dalaman haiwan memang tak berapa elok dimakan. Memang tak eloklah. Tak perlulah dipertikaikan lagi. Tetapi sebagai seorang yang suka makan, Adibah tidak pernah mempedulikan larangan tersebut kerana paru goreng berlada sangatlah sedap menguji iman.

marilah kita melihat cara memasaknya

PARU GORENG BERLADA
SOURCE: HANAMEMORIES
Bahan-bahan
  • 500g paru - rebus ngan sedikit garam dan halia.
  • *2 inci kunyit hidup ( wani guna serbuk kunyit )
  • *3 sudu makan ketumbar ( wani guna serbuk ketumbar )
  • *3 ulas bawang putih
  • *garam
  • Untuk Sambal
  • 5 tangkai cili kering
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • 2 tangkai lada@cili merah - cincang
  • 1 inci belacan
  • sedikit air asam jawa
  • gula melaka @ gula putih
  • garam
  • minyak secukupnyer
Cara-cara
  • Rebus paru hingga empuk. kemudian toskan. potong kecil2 & nipis. ketepikan.
  • tumbuk ketumbar,kunyit hidup, bawang putih dan juga garam.
  • masukkan ke dalam paru tadi. gaul rata. dan biarkan sebentar sekurang2nya 30min.
  • panaskan minyak, goreng paru hingga garing. angkat dan toskan.
  • Untuk memasak sambal paru
  • blend@tumbuk cili kering, bwg merah dan juga bwg putih.
  • panaskan minyak (bleh juga juga lebihan myk gorengan tadi), tumis bhn2 blend hingga pecah minyak/lada masak.
  • masukkan lada cincang tadi. *kepedasan bergantung masing2.
  • masukkan juga belacan, air asam jawa, gula dan juga garam. tumis hingga agak2 kering.
  • masukkan paru dan goreng lagi hingga garing.
  • siap!
 NOTA: 
belacan wani letak masa nak goreng tumisan lada tadi letak sekali .. biar naik aroma belacan ... 


Sumber adalah dari belog galeriduniaku.blogspot.com kerana adibah memang tidak pandai masak masakan ini.

No comments:

Post a Comment